Friday 12 August 2016

Gotong-royong di Bilik Pengawas

Dalam usaha untuk menceriakan bilik pengawas, satu aktiviti gotong-royong yang diketuai oleh saudari Nur Izzatie Syafiera selaku Ketua Unit  Keceriaan telah diadakan. Terdapat beberapa orang pengawas yang telah bekerjasama bagi membersih dan menghiaskan bilik pengawas. 

Memperbaiki hiasan di dalam bilik pengawas.

Membersihkan papan putih.

Mengemas kini papan kenyataan. 

Memperbaiki hiasan di dalam bilik pengawas.

Mengemaskan dan membersihkan almari.

Menghias papan putih.

Komputer bilik pengawas yang baharu.

Memperbaiki hiasan di dalam bilik pengawas.

Menceriakan papan kenyataan.

Menyediakan hiasan bilik pengawas.

Menyediakan hiasan bilik pengawas.

Menampal kata-kata semangat di dinding bilik pengawas.

Menampal kata-kata semangat di dinding bilik pengawas.

Hasil akhir gotong-royong.


Akhir sekali, syabas diucapkan kepada Unit Keceriaan Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik di atas usaha yang dilakukan. Tidak lupa juga ucapan tahniah buat pengawas-pengawas yang sudi meluangkan masa dan tenaga bagi menceriakan bilik pengawas. Diharapkan peningkatan ini dapat memberi suntikan semangat kepada para pengawas serta manfaatkanlah kemudahan yang telah disediakan.


"TEAMWORK MAKES THE DREAM WORK."

No comments: