Sunday 14 August 2016

TAMRIN Siri 3: Bengkel Pemantapan Tugas

Pada 13 Ogos 2016 (Sabtu), Pihak Lembaga Pengawas telah mengadakan program TAMRIN yang bertempat di SMK Seri Tasik. Bengkel ini telah diketuai oleh saudara Izzul Yusuf selaku Ketua Unit Latihan dan telah dibantu oleh barisan AMT yang lain. Guru pemantau ialah En. Muhammad Razif bin Ismail.

Objektif TAMRIN;


  • Membina hubungan yang kukuh antara para pengawas.
  • Memantapkan lagi tugas dan organisasi pengawas.
  • Meningkatkan kredibiliti pengawas.


TENTATIF PROGRAM;

8.00am - 9.00am: pendaftaran
9.00am - 9.15am: pengenalan fasi dan pembahagian kumpulan
9.15am - 9.30am: senamrobik
9.30am - 10.00am: tugas perhimpunan
10.00am - 10.30am: rehat pertama
10.30am - 11.00am: game pertama
11.00am - 12.00pm: taklimat mengenai spotcheck dan terminal
12.00pm - 12.15pm: rehat kedua
12.15pm - 12.45pm: game kedua
12.45pm - 1.15pm: tugas rehat
1.15pm - 1.30pm: penutup




Pendaftaran.
Sesi pembahagian tugas.
Aktiviti senamrobik.

Aktiviti senamrobik.

Fasilitator yang memimpin senamrobik.

Aktiviti yang dilakukan oleh para fasilitator.

Mengambil makanan.

Para pengawas menjamu selera.

Taklimat tugasan pagar.
Demonstrasi terminal.

Taklimat terminal.

Taklimat terminal.
Taklimat mengenai terminal.
Taklimat spotcheck.

                                                                                  
          Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada para pengawas yang telah sudi meluangkan masa bagi menghadiri program TAMRIN Siri 3 pada kali ini. Ucapan tahniah dan syabas juga diberikan kepada para fasilitator yang telah bersama-sama memberikan komitmen yang terbaik bagi menjayakan program ini. Diharapkan para pengawas dapat memanfaatkan ilmu dan input-input penting yang telah disampaikan sepanjang program TAMRIN ini berlangsung. Pada program seterusnya, kami mengharapkan penyertaan yang lebih baik daripada para pengawas sekalian.



   "SETIAP AMANAH MEMILIKI TANGGUNGJAWAB,
 MAMPU MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB ADALAH PETANDA BAHAWA ANDA MAMPU MENJALANKAN AMANAH YANG LEBIH BESAR" 

No comments: