Sunday 1 May 2016

Usrah Qiyadi

Pada 29 April 2016 (Jumaat), Usrah Qiyadi telah dijalankan yang bertempat di Surau SMK Seri Tasik dari jam 1.00 petang hingga 2.00 petang. Usrah Qiyadi ini telah dikendalikan oleh saudari Nurul Hafizzah selaku Pen. Ketua Kerohanian.

Seramai 25 orang pengawas perempuan telah menghadiri sesi usrah pada kali ini. Antaranya; 

1. Siti Najihah
2. Nurul Nadiah
3. Aida
4. Nur Aqilah Amani
5. Nurul Hafizzah
6. Nurazilla
7. Siti Khairul Zafirah
8. Nur Amira Syaffiqah
9. Nur Alyaa Natasha
10. Nursara Najiha
11. Aisah
12. Amirah Farzana
13. Nur Izzatie Syafiera
14. Nur Izzati
15. Shara
16. Norizzati
17. Nurulhana
18. Masturah Yusrina
19. Puteri Nur Fatini Adhlinna
20. Nur Aishah
21. Nur Farah Adibah
22. Intan Julia Farhana
23. Syahdatul Qistina
24. Nur Liyana
25. Nur Fairuz Farzuani

Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan sepanjang usrah ini berlangsung. Antaranya ialah para pengawas dikehendaki menubuhkan seramai 4-5 orang di dalam satu kumpulan dan setiap kumpulan diberikan sekeping kertas A4. Seterusnya, semua pengawas dikehendaki mengolahnya kepada perkara di luar kotak pemikiran.

Selain itu, telah diadakan juga satu aktiviti dimana para pengawas dikehendaki menyenaraikan 100 perkara penting dalam hidup dalam masa 15 minit sahaja. Kemudian, mereka diminta untuk memilih sepuluh sahaja perkara yang paling penting dalam 100 perkara yang telah disenaraikan. Selepas itu, mereka dikehendaki untuk memilih satu sahaja perkara paling penting dan nyatakan kepada pengawas yang lain alasan mereka memilih perkara itu.

Dipenghujung aktiviti yang dijalankan, objektifnya ialah;

1. Para pengawas dapat berfikir dengan lebih kreatif dan di luar kotak pemikiran.
2. Mencantas sifat malu yang bertapa di dalam diri.
3. Memupuk sifat kasih sayang dan merapatkan ukhwah sesama pengawas.
4. Para pengawas berkeyakinan tinggi dengan menonjolkan diri di khalayak umum.












Akhir sekali, terima kasih kepada semua pengawas yang telah menghadirkan diri ke usrah pada kali ini, Semoga aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ini dapat mengeratkan lagi ukhwah kita sesama pengawas.

"Barangsiapa ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaknya ia menyambung silaturrahim." - H.R Bukhari & Muslim.

No comments: