Wednesday 25 May 2016

USRAH QIYADI

1. Para pengawas dikehendaki untuk berpecah dan membentuk kepada 5 kumpulan.

2. Seterusnya, di dalam kumpulan, para pengawas dikehendaki untuk menyenaraikan beberapa kelebihan dan juga kelemahan diri ahli kumpulan masing-masing.

3. Masa yang diberikan ialah 20 minit. 

4. Selepas itu, para pengawas dikehendaki menghantar seorang wakil daripada setiap kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan mereka dalam masa kurang dari 3 minit.

5. Semasa perbentangan dijalankan, setiap wakil haruslah memikirkan cara-cara untuk menangani kelemahan ahli kumpulan berdasarkan kelebihan masing-masing.


Objektif Aktiviti;

1. Para pengawas dapat mengenali kelebihan dan kelemahan diri masing-masing.
2. Para pengawas mampu berfikir dengan lebih kritis mengenai cara-cara untuk menangani setiap kelemahan diri yang ada.
3. Mencantas sifat malu yang bertapa di dalam diri.
4. Memupuk sifat kasih sayang dan merapatkan ukhwah sesama pengawas.
5. Para pengawas berkeyakinan tinggi dengan menonjolkan diri di khalayak umum.


Akhir sekali, sekalung ucapan terima kasih diucapkan buat semua pengawas yang telah menghadirkan diri ke sesi usrah pada kali ini. Semoga aktiviti yang telah dijalankan dapat membuka minda para pengawas untuk berani mengolah kelemahan diri yang ada dan menjadikannya kepada suatu kelebihan yang tidak terduga.

"Kadang-kadang kita terlalu mengharapkan yang terbaik buat diri kita dan orang lain, akan tetapi kita terlupa bahawa KITA SENDIRI mampu memberikan yang TERBAIK buat diri kita dan orang lain" -Nur

No comments: