Saturday 28 May 2016

Pasca Hari Guru Pengawas dan Hari Keluarga Pengawas

Jazakumullah khayran atas komitmen semua pengawas yang terlibat secara langsung mahupun tidak.

Politisasnya saya simpulkan :

1. Hari Guru : 

1. 1 Pengawas perlu memiliki jiwa kental dalam mendepani anasir negatif dari segenap penjuru.

1.2  Pengawas wajar menerapkan nilai positif dan menyerap segala tekanan dengan menonjolkan sahsiah terpuji.

1.3  Pengawas telah mencapai tahap baik dari aspek pengurusan program. Mampu menyatakan dan mencambah idea, merangka, melaksana dan mereflek dengan sempurna.

1.4  Pengawas perlu sedar bahawa sebelum anda menerima pujian, bersedialah menempuhi ujian.



2. Hari Keluarga Pengawas

2.1  AJK Pelaksana dalam kalangan pengawas tingkatan 4 perlu lebih bijak menganalisis kekuatan diri dan rakan sepasukan sebelum melaksana sesuatu program.

2.2  Objektif program tercapai dengan jayanya.

2.3  Pengurusan program pada tahap sederhana dan memerlukan lebih masa untuk sesi bimbingan.

2.4  Kerjasama sepasukan longgar, namun masih dalam kadar terkawal dan masing-masing berusaha memperbaiki kelemahan dari masa ke masa.

2.5  Pujian sewajarnya diberikan kepada kesemua AJK Pelaksana yang bertungkus lumus menjadikan program ini berjaya.

2.6  Aspek Keyakinan Diri merupakan sisi positif yang paling menonjol dalam kalangan AJK Pelaksana. Syabas.

2.7  Kesemua pengawas tingkatan 4 mempunyai potensi yang luar biasa. Tinggal lagi, bagaimana mereka berusaha bersama-sama untuk menyerlahkan potensi masing-masing.

2.8  Semangat setiakawan, saling kenal mengenali dan faham memahami adalah tunjang kepada kelestarian kerjasama berorganisasi.

Sekian, sekalung tahniah dan syabas buat semua anak-anakku yang disayangi. Teruskan berbakti di bumi bertuah ini.

Terima kasih.

Ketua Guru Pengawas
28 Mei 2016

No comments: