Thursday 5 January 2017

TAMRIN Siri 1: Bengkel Pemantapan Tugas 2017

Tanggal 3 Januari 2017 iaitu pada hari Selasa, pihak Lembaga Pengawas di bawah Unit Latihan telah mengadakan TAMRIN yang bertempat di SMK Seri Tasik dari jam 3.15 sehingga 4.00 petang. Para fasilitator yang membimbing para pengawas sepanjang bengkel ini berlangsung adalah daripada kalangan barisan AMT. Bengkel TAMRIN ini diadakan bertujuan bagi memantapkan lagi tugasan para pengawas di sekolah. 


Saudara Hidayat Adam memberi taklimat berkenaan tugasan di tapak perhimpunan.

Para pengawas mendengar dengan teliti.

Saudari Fatihah memberi taklimat berkenaan tugasan di tapak perhimpunan.


Saudara Azizuddin membimbing para pengawas yang bertugas di salah laku dan lewat.

Saudari Hannah memberi tunjuk ajar kepada pengawas-pengawas di salah laku dan lewat.

Pengawas yang ditugaskan menaikkan bendera mendengar taklimat saudara Rijjal.

Saudari Amirah Farzana mengetuai para pengawas yang bertugas di kantin.

Saudara Faiz memberi taklimat kepada para pengawas yang bertugas di tangga setiap blok pada waktu rehat.

Saudara Faizwan menerangkan cara-cara bertugas di koperasi.

Para pengawas yang bertugas di tandas sedang mendengar penjelasan daripada saudara Hidayat Adam.

Pengawas perempuan yang ditugaskan menjaga tandas semasa waktu rehat.

Saudari Nurulhana mengetuai para pengawas yang bertugas di laman koperasi.


Akhir kata, ucapan ribuan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada para pengawas yang sudi menghadirkan diri ke bengkel TAMRIN pada kali ini. Diharapkan para pengawas memperoleh banyak input-input yang berguna sepanjang bengkel ini berlangsung dan mempraktikkan apa yang telah dipelajari agar lebih mantap dalam melakukan tugasan di sekolah.

"Nothing is an obstacle unless you say it is." - Wally Amos

No comments: