Wednesday 4 January 2017

Mesyuarat Agung Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik 2017

Pada 3 Januari 2017, Selasa, Mesyuarat Agong Lembaga Pengawas SMKST telah diadakan bertempat di Bilik Pengawas yang telah berlangsung dari jam 2.30 petang sehingga 3.15 petang. Para pengawas termasuk barisan AMT telah menglibatkan diri dalam mesyuarat pada kali ini. Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh Pengetua SMKST, Pn. Faizah bt Hassan, Guru Penolong Kanan HEM, Pn Zaviah bt Abdullah, Ust. Mohd Afiq bin Zahari selaku Ketua Guru Pengawas,  dan Guru-guru Pengawas iaitu En. Nazierul Mubin bin Mohd Daud dan Cik Wan Nah bt Wan Omar.

Tentatif;

  • Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis, saudari Nursara Najiha.
  • Ucapan dari Ketua Pelajar, Ahmad Ridhuan.
  • Taklimat yang disampaikan oleh Ust. Mohd Afiq bin Zahari.
  • Ucapan Puan Pengetua, Pn. Faizah bt Hassan.
  • Bersurai.




Para pengawas menanti ketibaan Pn. Pengetua.



Ucapan aluan dari saudari Sara Najiha selaku Pengerusi Majlis.

Para pengawas mendengar dengan teliti sambil mencatat perkara yang sedang disampaikan,

Ucapan dari saudara Ridhuan.

Ust Mohd Afiq sedang memberikan taklimat.

Pn. Pengetua memberikan ucapan beliau.





Bacaan ikrar pengawas yang diketuai oleh saudara Ahmad Ridhuan.

Pn. Zaviah memberikan sedikit pesanan buat para pengawas.


Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan kepada Pn. Pengetua, guru-guru serta para pengawas yang telah menghadiri Mesyuarat Agung Lembaga Pengawas SMKST tahun 2017 ini. Diharapkan pengawas-pengawas telah mengambil segala input yang telah disampaikan dan mengambil iktibar untuk menjadi seorang pengawas yang lebih berkredibiliti. 



"The more you are willing to accept responsibilities for your actions, the more credibility you will have." - Brian Koslow

No comments: