Pada 22 Julai 2016 (Jumaat) hingga 24 Julai 2016 (Ahad), telah berlangsungnya Kem Jati Diri Pengawas SMK Seri Tasik yang bertempat di Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia (ALPHA), Bangi, Selangor. Untuk pengetahuan semua, Kem Jati Diri Pengawas ini adalah hasil kerjasama antara pihak Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik bersama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Seramai 55 orang pengawas telah menyertai Kem Jati Diri pada kali ini iaitu 26 orang pengawas lelaki dan 29 orang pengawas perempuan. Turut sama terlibat dalam kem ini sebagai fasilitator adalah barisan guru disiplin dengan diketuai oleh Ust. Mohd Afiq bin Zahari, En. Muhammad Razif bin Ismail, En. Mohd Rahmat bin Doraman, En. Nazierul Mubin bin Mohd Daud, Cik Wan Nah bt Wan Omar dan Cik Siti Mariam bt Ibrahim Edham. Kem ini telah dirasmikan oleh Timbalan Komandan ALPHA Lt. Kol (PA) Muhammad Hanif bin Nasir dengan disaksikan oleh wakil daripada pihak sekolah, Pn. Che Zaviah binti Abdullah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Seri Tasik.
Objektif Program;
- Memberi pendedahan mengenai kemahiran asas dalam menangani kemalangan kecil.
- Menanam sifat kesukarelawanan dalam diri setiap pengawas
- Memupuk semangat saling kenal mengenali dan faham memahami bagi tujuan memudahkan untuk saling bekerjasama
Tentatif Program;
22 Julai 2016 (Jumaat);
1430 - 1530: Pendaftaran, taklimat, dan perjalanan ke ALPHA
1530 - 1700: Aktiviti santai di Pusat Membeli Belah The Mines
1700 - 1830: Peserta lapor diri di ALPHA
1830 - 2030: Solat / Makan malam
2030 - 2200: Taklimat ALPHA
2200 - 2300: Perbincangan kumpulan
23 Julai 2016 (Sabtu);
0630 - 0700: Senaman pagi
0700 - 0830: Sarapan pagi
0830 - 0930: Ceramah Operasi Pertahanan Awam
0930 - 1000: Minum pagi
1000 - 1300: Aktiviti 1 (Ice breaking)
1300 - 1430: Makan tengahari / Solat
1430 - 1530: Aktiviti 2 (CPR dan Balutan)
1530 - 1630: Aktiviti 3 (Alat Pemadam Api Kecil)
1630 - 1700: Minum petang / Solat
1700 - 1830: Explorace
1830 - 2030: Solat / Makan malam
2030 - 2300: Majlis Mesra Hari Raya
24 Julai 2016 (Ahad);
0630 - 0700: Senaman pagi
0700 - 0830: Sarapan pagi
0830 - 0930: Majlis penutup (Dirasmikan oleh Timbalan Komanden ALPHA)
1000 - 1030: Minum pagi
1030 - 1100: Daftar keluar