Pada 30 Disember 2014, telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik sesi 2015/2016. Semua pengawas telah diwajibkan untuk hadir ke mesyuarat ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa mesyuarat berlangsung, antaranya; gotong-royong membersihkan kawasan sekolah, mengecat bilik pengawas yang baharu, pelantikan pengawas baharu, dan pengenalan AMT Lembaga Pengawas bagi sesi 2015/2016.
Wednesday, 31 December 2014
Friday, 21 November 2014
Selamat Bercuti!
Pihak lembaga pengawas SMKST mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar sekolah di Malaysia. Manfaatkan cuti anda dengan perkara-perkara yang berfaedah.
Wednesday, 19 November 2014
ORGANISASI PENGAWAS PPKI
BIL
|
NAMA
PENGAWAS
|
JAWATAN
|
KELAS
|
1.
|
MUHAMMAD JOHAN ARASH BIN ABU MANSOR
|
KETUA PENGAWAS PPKI
|
ANGGERIK
|
2.
|
NURUL NABILA BT. JAMIL
|
PENOLONG KETUA PENGAWAS PPKI
|
CEMPAKA
|
3.
|
MUHAMMAD FATHURRAHMAN BIN IBRAHIM
|
AJK
|
BAKAWALI
|
4.
|
JACLYN LINDA A/P JOHNSON
|
AJK
|
DAHLIA
|
5.
|
AMIRUL ASSRAF BIN ZAINAL
ABIDIN
|
AJK
|
BAKAWALI
|
6.
|
MOHD IQMAL BIN ZULKARNAIN
|
AJK
|
CEMPAKA
|
7.
|
NOR AMIRA BT. NORAZAM
|
AJK
|
CEMPAKA
|
8.
|
NUR HASLINDA BT. NORAZZALI
|
AJK
|
TERATAI
|
9.
|
CHOW KOK FEI
|
AJK
|
DAHLIA
|
10.
|
KHAIRUL ANNUAR BIN
NORHAIDI
|
AJK
|
DAHLIA
|
Tuesday, 18 November 2014
AKADEMI PENGAWAS [Temuduga Akhir & Keputusan]
Hari ini dijalankan sesi temuduga akhir bagi memilih pengawas baharu untuk sesi persekolahan 2015. Seramai 29 AP mengikuti temuduga ini dan seramai 5 orang Guru Disiplin sekolah bertindak selaku penilai, iaitu: Ustaz Mohd Afiq (Ketua Penilai), Puan Santhrigah, Ustazah Wan Raudhiah, Puan Julaidah dan Puan Nurul Ilmi.
Tuesday, 11 November 2014
Program Akademi Pengawas (4) 2014/2015
Program Akademi Pengawas memasuki sesi ketiga dengan melibatkan penyertaan calon pengawas tingkatan 2, 3 dan 4. Para peserta dilihat semakin selesa dengan tugasan yang diberikan dan keakraban antara peserta dan fasilitator juga kelihatan semakin baik. Ini merupakan impak yang dinginkan oleh Unit Latihan Lembaga Pengawas. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Bola Beracun, Rumah Rampasan, Teguh kaki dan lakonan. Fasilitator yang terlibat sepanjang aktiviti ini dijalankan ialah Siti Najihah, Aida, Aqilah, Nor Shafiq dan Tharacini dengan diketuai oleh Aiman selaku Ketua Unit Latihan.
Monday, 10 November 2014
Program Akademi Pengawas (3) 2014/2015
Program Akademi Pengawas memasuki sesi seterusnya dengan melibatkan penyertaan calon pengawas tingkatan 1 dan 3. Para peserta kali ini menunjukkan minat yang sangat memberangsangkan dan ukhwah sesama peserta juga semakin ampuh. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Gajah Kata Duduk, Kerusi Tersembunyi, Ular Terpanjang, Kasut Terbalik dan Bina Jaya. Fasilitator yang terlibat sepanjang aktiviti ini dijalankan ialah Siti Najihah, Aida, Aqilah, Laili dan Hafizah dengan diketuai oleh Aiman selaku Ketua Unit Latihan.
Sunday, 9 November 2014
Program Akademi Pengawas (2) 2014/2015
Program Akademi Pengawas memasuki sesi kedua dengan melibatkan penyertaan seramai 12 orang pelajar tingkatan 3. Para peserta ini mengikuti aktiviti Akademi Pengawas bermula 21 Oktober 2015 sehingga 21 November 2015. Antara program yang dijalankan adalah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Anda Segak, Kenali Sekolah Anda dan Mengapa Anda Perlu Menjadi Pengawas, Permainan Berkumpulan, Bimbingan Mencipta Permainan dan Latihan Pemantapan Tugasan. Semua program tersebut di bawah kelolaan Jawatankuasa Kecil Unit Latihan Lembaga Pengawas Sekolah.
Sunday, 2 November 2014
ETIKA PEMAKAIAN TUDUNG (Bermula tahun 2015)
Para Pengawas Perempuan hendaklah mematuhi Etika Pemakaian Seragam Pengawas 2015. Merujuk kepada etika tersebut, pengawas diwajibkan memakai tudung berwarna biru, beranak tudung berwarna hitam dan paras tudung melebihi sisi bahu (labuh). Berikut adalah contoh pemakaian tudung yang betul.
Contoh 1:
Contoh 2 :
Ciri- ciri Pemakaian Tudung :
- Melebihi paras bahu kanan dan kiri (bukan mencecah bahu)
- Labuh hadapan menutupi dada.
- Tidak menampakkan leher atau bahu apabila menoleh ke kanan atau ke kiri.
- Tidak bersanggul.
Diharap para pengawas dapat mematuhi peraturan baharu ini dalam usaha menjadi role model kepada para pelajar yang lain. Segala kerjasama dan keperihatinan daripada para pengawas amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
"Penampilan Cerminan Peribadi dan Akhlak"
Saturday, 25 October 2014
Rozcolora Prefect's Day
Pada 25 Oktober 2014, Jamuan Akhir Tahun Lembaga Pengawas telah diadakan di Hotel Royal, Bukit Bintang. Jamuan ini dikendalikan sepenuhnya oleh pengawas tingkatan 4 dengan dibimbing oleh Ustaz Mohd Afiq.
Salam Maal Hijrah
Selamat menyambut awal Muharram tahun 1436H / 2014 kepada seluruh umat Islam. Semoga tahun ini menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Marilah kita bersama-sama berhijrah ke arah kebaikan.
Wednesday, 22 October 2014
Selamat Hari Deepavali
Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik mengucapkan selamat menyambut hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu.
Sunday, 5 October 2014
Selamat Hari Raya Aidiladha
Pihak lembaga pengawas mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha. Semoga kita menjadi umat yang lebih mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan dan mendapat keredhaan Allah SWT. Disamping itu, marilah sama-sama kita mendoakan kesejahteraan jemaah haji di Mekah dan semoga mereka mendapat haji yang mabrur.
Friday, 12 September 2014
Program Akademi Pengawas (1) 2014/2015
Akademi Pengawas (AP) merupakan program baharu yang dirangka oleh Lembaga Pengawas Sekolah di bawah tanggungjawab Unit Latihan. Ia dilaksanakan bagi memberi pendedahan dan bimbingan terancang kepada calon-calon pengawas mengenai gerak kerja dan tugasan yang perlu dilakukan. Program ini turut menjadi platform untuk memudahkan guru pengawas membuat penilaian dan seterusnya melantik calon-calon tersebut ke jawatan tetap.
Wednesday, 10 September 2014
PROGRAM AKADEMI PENGAWAS (AP)
SMK SERI TASIK, KUALA LUMPUR
TAKWIM AKADEMI PENGAWAS (1) 2014 / 2015
MINGGU
|
TARIKH
|
HARI
|
AKTIVITI
|
TINDAKAN
|
1
|
08/09/14
|
Isnin
|
Mesyuarat Jawatankuasa Program Akademi
Pengawas (AP)
|
Ketua Guru Pengawas
Semua AMT 2014/15
Ketua Kumpulan
|
09/09/14
|
Selasa
|
Persiapan Program
|
Semua AMT 2014/15
Ketua Kumpulan
|
|
10/09/14
|
Rabu
|
|||
11/09/14
|
Khamis
|
Taklimat Program
Pembahagian Kumpulan [Suai kenal]
|
Biro Latihan
|
|
12/09/14
|
Jumaat
|
Praktikal
|
Tuesday, 24 June 2014
Kem Kepimpinan Pengawas 2014
Pada tarikh 20 Jun 2014 (Jumaat) hingga 22 Jun 2014 (Ahad), pihak Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik telah menyertai sebuah kem kepimpinan bertempat di Internasional Agrotourism Homestay, Parit Penghulu, Melaka. Seramai 80 orang pengawas sekolah termasuk pengawas dari arus PPKI telah menyertai kem ini. Objektif Kem Kepimpinan Pengawas ini adalah untuk:
Friday, 30 May 2014
Hari Keluarga Pengawas 2014
Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik telah mengadakan Hari Keluarga Pengawas pada 27 Mei 2014 (Selasa) sehingga 28 Mei 2014 (Rabu) bertempat di SMK Seri Tasik.
Tuesday, 1 April 2014
Tuesday, 11 March 2014
SISTEM MERIT DAN DEMERIT LPS
SISTEM MERIT DAN DEMERIT
LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH (LPS)
SMK SERI TASIK
KAEDAH PERLAKSANAAN
1. Pengawas akan diberi skor permulaan sebanyak 100.
2. Skor akan ditambah bagi kelakuan terpuji mengikut jadual skor yang diiktiraf oleh Lembaga Pengawas Sekolah.
3. Skor akan ditolak bagi sebarang salah laku juga mengikut jadual skor
4. Setiap salah laku akan diteliti dan perlu mempunyai bukti yang sah.
Friday, 7 March 2014
HUBUNGI KAMI
LEMBAGA PENGAWAS
SMK SERI TASIK
JALAN 6/106, BANDAR SERI PERMAISURI
CHERAS 56000 KUALA LUMPUR
Thursday, 6 March 2014
Lagu Pengawas SMK Seri Tasik
Tajuk : Biru Menyala
Biru Menyala Slogan Kami
Teguh Berdiri Nilaian Murni
Setia Berbakti Warga Berbudi
Kepada Sekolah Yang Dicintai
Kami Pengawas SMK Seri Tasik
Duta Terpilih Warga Pendidik
Wawasan Kami Disiplin Terpuji
Maruah Sekolah Didukung Tinggi
Teguh Berdiri Nilaian Murni
Setia Berbakti Warga Berbudi
Kepada Sekolah Yang Dicintai
Kami Pengawas SMK Seri Tasik
Duta Terpilih Warga Pendidik
Wawasan Kami Disiplin Terpuji
Maruah Sekolah Didukung Tinggi
Bersatu Teguh Bercerai Roboh
Ambil Yang Jernih Buang Yang Keruh
Bersama Melangkah Kehadapan
Falsafah Dalam Kepimpinan
Ambil Yang Jernih Buang Yang Keruh
Bersama Melangkah Kehadapan
Falsafah Dalam Kepimpinan
Kami Berjanji Jujur dan Amanah
Berintegriti dan Istiqomah
Sifar Kesalahan Jadi Amalan
Melonjak Seri Tasik Cemerlang (2x)
Berintegriti dan Istiqomah
Sifar Kesalahan Jadi Amalan
Melonjak Seri Tasik Cemerlang (2x)
Lirik & Lagu : Mohd Afiq bin Zahari
Susunan Muzik : Muhammad Nabil bin Anuar
Wednesday, 5 March 2014
HURAIAN TUGAS LPS
HURAIAN
TUGAS
AHLI
LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH
1. PERHIMPUNAN
1.1. BARISAN MURID
1.1.1.
Semua pengawas perlu datang awal selewat-lewatnya jam
7.10 pagi
1.1.2.
Mengawasi barisan murid agar teratur dan senyap
1.1.3.
Murid yang bercakap / bersembang ditegur / diberi
amaran
1.1.4.
Pastikan murid tidak berlonggok semasa dalam keadaan
duduk
1.1.5.
Pastikan murid berbaris mengikut kelas masing-masing
1.1.6.
Pastikan murid meletakkan beg di laluan yang
ditetapkan.
1.1.7.
Jika murid tersebut tidak mengendahkan teguran
tersebut minta bantuan pengawas senior atau Guru Disiplin
1.1.8.
Pastikan pengawas tidak berborak, membaca atau mebuat
kerja sekolah semasa dalam perhimpunan
1.1.9.
Pastikan murid menghormati lagu Kebangsaan, lagu
Wilayah dan Sekolah serta bacaan ikrar.
1.1.10.
Pengawas bertugas perlu membawa keluar murid yang
tidak menepati etika pemakaian harian yang ditetapkan sekolah.
1.1.11.
Arahkan segala peraturan yang tersebut di atas.
Sekiranya murid ingkar, catatkan nama, tingkatan, tarikh dan masa dan serahkan
kepada GPK HEM / Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya ATAU bawa keluar
murid ke kawasan salahlaku disiplin.
1.2. KANTIN
1.2.1.
Pastikan sebelum jam 7.10, murid sudah meninggalkan
kantin menuju ke tapak perhimpunan.
1.2.2.
Pengawas perlu bertugas seawal jam 7.05 dan berdiri di
laluan kantin untuk menutup laluan
1.3. PENTAS
1.3.1.
Pengawas perlu datang awal, selewat-lewatnya jam 7.05
pagi
1.3.2.
Laporkan diri pada ketua pengawas pada setiap pagi
1.3.3.
Ketua pengawas perlu mencari pengganti segera jika
ahli bertugas tidak hadir
1.3.4.
Ketua pengawas perlu memastikan perkara di bawah telah
siap sedia:
Bil.
|
Tugas
|
Catatan
|
1.
|
Pengacara Majlis
|
Bersedia awal dan kenalpasti guru bertugas
Jam 7.10 guru bertugas akan mengarahkan semua murid
duduk di perhimpunan
Ketua Pengawas akan mengambil alih perhimpunan
sebelum diserahkan semula kepada guru bertugas
Pastikan murid senyap dan bersedia sebelum memulakan
perhimpunan
Arahkan pengawas mengawal barisan murid
|
2.
|
PA Sistem
|
Siap dipasang oleh AJK PA Sistem
|
3.
|
Doa
|
Pengawas yang bertugas hendaklah bersedia dengan
teks
Membaca dengan jelas dan penuh penghayatan
|
4.
|
Ikrar
|
Ketua Pengawas akan memimpin bacaan
Membaca dengan suara yang jelas dan lantang
|
5.
|
Bendera
|
Pengawas yang bertugas perlu bersedia awal
Berdiri tegak semasa menaikkan bendera
|
6.
|
Kerusi
|
Diketuai oleh Ketua Biro Keselamatan / Aset
Memastikan bilangan kerusi mencukupi dan kedudukan
kerusi selesa
|
7.
|
Rondaan
|
Dilakukan selepas nyanyian lagu Kebangsaan atau
ikrar
Dua orang pengawas diperlukan
|
1.4. PAGAR
1.4.2.
Pengawas bertugas di kawasan tempat menunggu bas perlu
berada di tempat tersebut selewat-lewatnya
jam 7.10 pagi
1.4.3.
Memastikan murid menggunakan laluan yang dibenarkan
sewaktu datang dan balik dari sekolah
1.4.4.
Murid lewat 7.20 pagi perlu diberi SLIP LEWAT dan
diisi dalam buku Daftar Datang Lewat Murid.
1.4.5.
SLIP LEWAT murid perlu diisi mengikut jumlah lewat; 5
kali / 8 kali / 10 kali / 13 / 15 / 18 kali.
1.4.6.
Pengawas bertugas perlu meneliti maklumat lewat yang
diisi murid agar tidak berlaku penipuan.
1.4.7.
Murid lewat 8.00 pagi perlu dibawa terus kepada PK HEM
untuk tindakan.
1.4.8.
Semua murid yang lewat dibawa ke dataran perhimpunan
dan berdiri sebaris di hadapan Bengkel Kayu dan Logam.
1.4.9.
Semasa murid lewat mengambil dan mengisi SLIP LEWAT,
pengawas perlu pastikan murid dalam keadaan yang teratur.
1.4.10.
Pengawas bertugas perlu menahan pengawas lewat murid
daripada bertugas dan diserahkan kepada Ketua Disiplin LPS untuk tindakan.
1.4.11.
Sekiranya SLIP LEWAT sudah berbaki kurang 100 helai,
sila pastikan SLIP LEWAT di fotostat semula.
1.5. TERMINAL
1.5.1.
Sebelum guru bertugas menamatkan perhimpunan, pengawas
perlu bergerak pantas membentuk terminal.
1.5.2.
Lakukan pemeriksaan disiplin mengikut keperluan
semasa. Iaitu: Tali leher, lencana, tanda nama, tali pinggang, baju di dalam,
kasut, stoking pendek, pakaian uniform, baju sukan yang tidak dibenarkan, tidak
masuk ke dalam seluar, kuku panjang, tudung singkat, anak tudung warna selain
putih,rambut panjang, berwarna, berekor dan berfesyen.
1.5.3.
Pastikan ada seorang pengawal pesalah dan seorang
pengurus barisan murid yang berkenaan.
1.5.4.
Bawa murid-murid berkenaan ke tempat Salah Laku
Disiplin untuk tindakan / kepada guru Disiplin / GPK HEM yang bertugas
(sekiranya perlu).
1.6. SALAH LAKU MURID
1.6.1.
Pengawas bertugas perlu berada di tapak Salah Laku dan
Lewat Murid selewat-lewatnya jam 7.15 pagi.
1.6.2.
Murid Salah Laku dan Lewat perlu dibariskan di tempat
masing-masing dengan teratur dalam keadaan berdiri.
1.6.3.
Beg-beg murid lewat perlu diletakkan di kawasan khas
dan pengawas yang bertugas perlu memeriksa rapi kandungan beg tersebut.
1.6.4.
Murid lewat perlu diasingkan mengikut jumlah lewat
untuk memudahkan tindakan.
1.6.5.
Pengawas bertugas diminta memasukkan data Salah Laku
dalam buku Daftar Salah Laku Murid dengan kemas.
1.6.6.
Pengawas bertugas perlu berhati-hati ketika memasukkan
nama murid agar tidak berlaku penipuan.
1.6.7.
Pengawas bertugas perlu menjalankan denda sebagaimana
yang telah diarahkan oleh pihak Lembaga Disiplin Sekolah. (Kecuali terdapat
kes-kes tertentu).
1.6.8.
SLIP LEWAT perlu mendapat tandatangan GPK HEM / Ketua
Guru Disiplin sahaja.
2. WAKTU REHAT
2.1. KAWASAN BLOK
2.1.1.
Semua murid adalah dilarang berada di dalam kelas
2.1.2.
Jika ada murid yang berada di dalam kelas, arahkan
keluar. Sekiranya ingkar, catatkan nama, tingkatan, tarikh dan masa dan
serahkan kepada GPK HEM / Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya.
2.1.3.
Pengawas yang berkenaan perlu melakukan rondaan.
2.1.4.
Pengawas tidak dibenarkan sama sekali membawa rakan
semasa bertugas.
2.1.5.
Kawasan larangan makan adalah dewan terbuka, surau,
koridor bangunan sekolah, pondok berhadapan bilik Aset dan pentas dataran.
2.2. TANGGA
2.2.1.
Memastikan tiada murid yang melalui tangga sepanjang
waktu rehat
2.2.2.
Mengawal pergerakan murid naik ke kelas dan pastikan
tidak bising
2.2.3.
Pengawas bertugas tidak dibenarkan meninggalkan tugas
selagi loceng tamat rehat masih belum dibunyikan.
2.2.4.
Pengawas bertugas boleh meninggalkan tangga tempat
bertugas 5-10 minit selepas loceng berbunyi.
2.2.5.
Halang murid daripada menaiki / melalui tangga
sepanjang waktu rehat. Sekiranya ingkar, catatkan nama, tingkatan, tarikh dan
masa dan serahkan kepada GPK HEM / Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya.
2.3. KANTIN
2.3.1.
Memastikan murid mengemaskan semua pinggan dan gelas
yang telah digunakan dan dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan.
2.3.2.
Memastikan semua murid meninggalkan kantin sebelum
loceng tamat rehat berbunyi.
2.3.3.
Pengawas terlibat perlu menggesa murid supaya
menghabiskan makanan dengan kadar segera 5 minit sebelum loceng dibunyikan.
2.3.4.
Memastikan murid membuat barisan ketika ingin membuat
pembelian makanan.
2.3.5.
Memastikan tiada murid yang meninggalkan kantin dengan
membawa makanan atau minuman.
2.3.6.
Arahkan murid mengutip semula peralatan makanan dan
meninggalkan kantin, jika enggan, catat nama, tingkatan, tarikh, masa dan
tempat kejadian dan laporkan kepada Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya
2.4. TANDAS
2.4.1.
Memastikan tiada murid yang membawa / menghisap rokok
2.4.2.
Pengawas bertugas perlu mengawal bilangan murid yang
berada di dalam tandas
2.4.3.
Memastikan tiada murid di dalam tandas selepas loceng
tamat rehat berbunyi.
2.4.4.
Pengawas bertugas boleh meninggalkan tempat bertugas
5-10 minit selepas loceng berbunyi.
2.4.5.
Memastikan tiada murid yang masuk ke tandas selepas
waktu rehat kecuali mempunyai pas tandas guru.
2.4.6.
Halang murid daripada merokok dan melepak di dalam
tandas sepanjang waktu rehat. Sekiranya ingkar, catatkan nama, tingkatan,
tarikh dan masa dan serahkan kepada GPK HEM / Guru Disiplin untuk tindakan
selanjutnya.
2.5. SURAU
2.5.1.
Membuat rondaan di kawasan surau
2.5.2.
Memastikan tiada murid yang melepak atau makan di
kawasan surau
2.5.3.
Pengawas bertanggungjawab perlu sentiasa berada di
kawasan surau sepanjang masa rehat.
2.5.4.
Arahkan murid meninggalkan surau, jika enggan, catat
nama, tingkatan, tarikh, masa dan tempat kejadian dan laporkan kepada GPK HEM /
Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya
2.6. DEWAN TERBUKA / KOPERASI / PENTAS
2.6.1.
Pastikan tiada murid yang makan makanan berat di
kawasan ini semasa rehat.
2.6.2.
Pastikan suis kipas dimatikan semasa waktu rehat.
2.6.3.
Pastikan murid tidak membeli makanan selepas loceng
berbunyi.
2.6.4.
Pengawas tidak perlu bertugas di dalam koperasi.
2.6.5.
Arahkan murid, jika enggan, catat nama, tingkatan,
tarikh, masa dan tempat kejadian dan laporkan kepada Guru Disiplin untuk
tindakan selanjutnya
* Bidang tugasan ini boleh berubah mengikut kehendak semasa Guru
Penasihat LPS
Subscribe to:
Posts (Atom)