Wednesday 31 December 2014

Mesyuarat Agung Lembaga Pengawas sesi 2015/2016

Pada 30 Disember 2014, telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik sesi 2015/2016. Semua pengawas telah diwajibkan untuk hadir ke mesyuarat ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa mesyuarat berlangsung, antaranya; gotong-royong membersihkan kawasan sekolah, mengecat bilik pengawas yang baharu, pelantikan pengawas baharu, dan pengenalan AMT Lembaga Pengawas bagi sesi 2015/2016.



Para pengawas mencabut rumput di sekitar kawasan dataran.


Aktiviti mengecat dataran sekolah.

Ketua Pengawas, Nik Akmal Hadi memberikan ucapan.

Ustaz Mohd Afiq memberikan taklimat berkenaan aktiviti sepanjang tahun 2015.

Puan Filzah selaku Ketua Guru Disiplin menyampaikan ucapan beliau.

Puan Che Zaviyah bt Abdullah selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid menyampaikan sepatah dua kata.

Puan Hajah Siti Liah bt Che Muda, Pengetua SMK Seri Tasik memberikan ucapan.

Pelantikan pengawas baharu.


Diharapkan pada tahun baru ini, para pengawas lebih mantap dalam menjalankan tugas mereka dan menjadi role model kepada pelajar-pelajar SMK Seri Tasik. Diharapkan juga para pengawas lebih bijak membahagikan masa mereka untuk kecemerlangan akademik juga kokurikulum.

Selamat maju jaya!

No comments: