Majlis Watikah Pelantikan Pengawas SMK Seri Tasik sesi 2025/2026 & Majlis Simbolik Pemakaian Lencana Jalur Gemilang
• Majlis ini telah dilaksanakan pada 21 April 2025 di Dataran Cemerlang SMK Seri Tasik semasa waktu perhimpunan.
• Objektif program ini adalah untuk mengiktiraf dan mengembangkan bakat kepimpinan murid di sekolah serta mewujudkan identiti mulia murid-murid SMK Seri Tasik.Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membentuk identiti dan akhlak mulia murid melalui peluang untuk berkhidmat kepada sekolah sebagai seorang pengawas yang bertanggungjawab.
-Majlis watikah pelantikan pengawas dan pelancaran simbolik pemakaian lencana jalur gemilang ini dirasmikan oleh Puan Tuan Suhaila binti Tuan Yusof selaku Pegawai Perhubungan Sekolah PPD Bangsar Pudu
Terima kasih juga diucapkan kepada semua barisan pentadbir dan warga sekolah SMK Seri Tasik yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
No comments:
Post a Comment