Friday, 22 August 2025

CARTA ORGANISASI LEMBAGA PENGAWAS SMK SERI TASIK 2025/2026

                   

                                          



                                            


Majlis Penyerahan Tugas & Perlantikan Ketua dan Timbalan Ketua Pengawas Sekolah Smk Seri Tasik Sesi 2025/2026

 Pada 22 Ogos 2024,berlangsungnya Majlis Penyerahan Tugas & Perlantikan Ketua dan Timbalan Ketua Pengawas Sekolah Smk Seri Tasik bagi sesi 2025/2026. Majlis ini khas bagi pengawas tingkatan 4 & 5 yang berlangsung di Dataran Cemerlang Smk Seri Tasik. Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Siti Normala binti Husin, selaku Pengetua Smk Seri Tasik.


MATLAMAT PROGRAM-

Mengiktiraf dan mengembangkan bakat kepimpinan yang mewujudkan identiti mulia pengawas-pengawas Smk Seri Tasik.


OBJEKTIF PROGRAM-

  • Memberikan semangat kepada para pengawas yang dilantik untuk bertanggungjawab atas tugas yang telah diamanahkan oleh pihak sekolah.
  • Memberi dorongan dan perangsang kepada pelajar untuk menjadi pemimpin dan contoh kepada pelajar lain dalam pelbagai aspek sahsiah mahupun akademik.

TENTATIF PROGRAM-

7:30 - Kata Alu-Aluan Pengacara Majlis

7:35 - Bacaan Doa 

7:40 - Ucapan Saudara Mohammad Usman bin Mohammad Jamil Shahzad (Kelas 5 Ilmiah)

7:45 - Ucapan Perasmian Pengetua 

7:55 - Penyerahan Sijil Penghargaan kepada Ketua Pengawas, Timbalan Ketua Pengawas dan Exco Tertinggi dan Semua Pengawas Tingkatan 5 

8:05 - Penyerahan Sijil Watikah Pelantikan Ketua Pengawas, Timbalan Ketua Pengawas dan Exco Tertinggi Lembaga Pengawas Sekolah 2025/2026

8:15 - Gimik Penyerahan Tugas Ketua Pengawas Sekolah 

8:20 - Ucapan Saudari Nurul Alya Syafiqah binti Nasrul Hadi ( Kelas 4 Ilmiah)

8:25 - Lafaz Ikrar Pengawas Sekolah

8:30 - Majlis Bersurai



                                  UCAPAN SAUDARA MOHAMMAD USMAN (KP 2024/2025)

                

                                    UCAPAN SAUDARI NURUL ALYA SYAFIQAH (KP 2025/2026)         
               

                                         

 

                                       

                                           


                                           


                                           



                                           


                               UCAPAN PERASMIAN DARI PUAN SITI NORMALA BINTI HUSIN






-Maka dengan itu tamatlah Majlis Perasmian bagi Ketua dan Timbalan Ketua Pengawas bagi sesi 2025/2026. Tahniah diucapkan atas pelantikan Ketua dan Timbalan Ketua Pengawas, dan tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada semua barisan pengawas tingkatan 5 yang telah berkhidmat dan berjasa kepada sekolah dan terima kasih telah memberi sepenuh usaha serta melakukan segala amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Diharap dengan adanya Ketua dan Timbalan Ketua Pengawas bagi sesi 2025/2026 ini, Lembaga Pengawas terus menjadi contoh yang terbaik terhadap pelajar serta menjadi pengawas yang lebih amanah dan berdedikasi. 

Monday, 14 July 2025

Kem Kepimpinan Pengawas 2025

 Pada 12 Julai 2025,seramai 87 orang pengawas telah menyertai Kem Kepimpinan Pengawas yang diadakan di Dewan Terbilang SMK Seri Tasik .

Semoga para pengawas selepas ini menjadi seorang pengawas yang lebih berdisiplin dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab 💗
















Monday, 28 April 2025

Program Sepakat Budi

 Pada 26 April 2025, seramai 15 calon pengawas percubaan t1 telah terlibat dalam Program Sepakat Budi 2025 anjuran badan beruniform SMK Seri Tasik.Saudari izzati,selaku penolong ketua latihan telah membantu pengawas pengawas t1 dalam menjayakan program ini .

🥳 syabas kepada semua pengawas yang hadir

















Wednesday, 23 April 2025

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas SMK Seri Tasik sesi 2025/2026 & Majlis Simbolik Pemakaian Lencana Jalur Gemilang

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas SMK Seri Tasik sesi 2025/2026 & Majlis Simbolik Pemakaian Lencana Jalur Gemilang 

 • Majlis ini telah dilaksanakan pada 21 April 2025 di Dataran Cemerlang SMK Seri Tasik semasa waktu perhimpunan.

• Objektif program ini adalah untuk mengiktiraf dan mengembangkan bakat kepimpinan murid di sekolah serta mewujudkan identiti mulia murid-murid SMK Seri Tasik.Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membentuk identiti dan akhlak mulia murid melalui peluang untuk berkhidmat kepada sekolah sebagai seorang pengawas yang bertanggungjawab.

-Majlis watikah pelantikan pengawas dan pelancaran simbolik pemakaian lencana jalur gemilang ini dirasmikan oleh Puan Tuan Suhaila binti Tuan Yusof selaku Pegawai Perhubungan Sekolah PPD Bangsar Pudu

Terima kasih juga diucapkan kepada semua barisan pentadbir dan warga sekolah SMK Seri Tasik yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.




Enter






Sunday, 23 March 2025

Program Bubur Lambuk Kasih Madani Seritas