Saturday 4 June 2022

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2022

Pada awal bulan Mei 2022, AMT LPS SMKST telah diberikan satu tanggungjawab untuk membuat persediaan bagi mengadakan majlis sambutan hari guru yang akan diadakan pada 3 Jun 2022. AMT yang terlibat telah bertungkus lumus selama sebulan dari segi kutipan wang, penyediaan hadiah, hiasan majlis, pembelian barangan, penyediaan form undian untuk anugerah guru dan hal-hal kertas kerja yang lain hanya untuk memastikan majlis ini dapat dilaksanakan dengan lancar. Pelaksanaan majlis ini telah dipimpin oleh Ketua Guru Pengawas, Encik Nazierul Mubin bin Mohd Daud dan turut dibantu oleh Encik Mohd Asri bin Sulaiman, GMKP Kemanusiaan dan Pn Sri Rohaiyu binti Mohamed. Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak lain yang sedia membantu Lembaga Pengawas.


Tentatif Majlis:
7.00-7.20 - Persiapan Tempat
7.20-7.35 - Bacaan Yassin ( Diketuai oleh Imran dan Raffiq )
7.35-7.45 - Majlis dimulakan
                - Perarakan guru ( Diiringi live Kompang )
                - Ucapan Aluan Pengacara Majlis ( Fasha dan Aishah )
                - Bacaan Doa
7.45-8.30 - Ucapan Wakil Murid
                - Ucapan Wakil Guru
                - Ucapan  Pengetua dan perasmian
                - Acara memotong kek
                - Nyanyian 'Kami Guru Malaysia' dan 'Hari Guru'
8.30-9.00 - Penyampaian Hadiah Penghargaan
                - Persembahan Wakil Murid
                - Puisi Hari Guru Oleh Aisyah Noor Balqis
                - Tarian Lagu Raya oleh pelajar 1 Amanah (dipimpin oleh Encik Nazierul)
                - Penyampaian Anugerah Guru
                - Persembahan dari Wakil Guru
                - Persembahan Murid (Tarian wakil murid lelaki Ting. 5 & Akustika Gitarlele Seri Tasik)
9.00 - Bersurai



form undian anugerah hari guru



hadiah yang dihasilkan oleh LPS (sumbangan daripada Pengawas, Pelajar, Koperasi dan Kantin)

Gerbang yang dihasilkan oleh Lembaga Pengawas SMKST



Saudari Diana dan Alya



Pengawas yang terpilih menjadi Emcee, Fasha dan Aishah


Encik Nazierul, Encik Syamsul dan Saudara Imran Yusuf, selaku mengawal PA Sistem

Encik Nazierul Mubin , Ketua Guru Pengawas


Ahli AMT yang telah berjaya memastikan Majlis sambutan Hari guru berjalan dengan baik








Akhir Kalam, ribuan terima kasih diucapkan kepada Barisan AMT yang mantap dan berwibawa
kerana telah menjayakan majlis sambutan hari guru 2022. Mohon maaf jika terdapat salah silap atau kekurangan pada majlis yang diadakan. Maka, diharapkan majlis sambutan hari guru ini dapat mengukir seribu satu senyuman di wajah semua guru SMKST.

"Though you wrote in black and white.
You brought colour in My life.
Happy teacher's day"








No comments: