Saturday 25 July 2020

TENTATIF PEMILIHAN DAN PENGUNDIAN CALON 2020/21

Majlis Penyerahan Tugas Ahli Majlis Tertinggi Lembaga Pengawas akan berlangsung pada 21 Julai 2020 (Isnin) sehingga 5 Ogos 2020(Rabu). Ia bakal memperlihatkan pertukaran tugas antara Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar bagi sesi 2019/2020 dengan Ketua Pelajar dan Peolong Ketua Pelajar baharu yang akan dilantik bagi sesi 2020/21 . Lantikan tersebut melalui beberapa saringan sebagaimana tentatif berikut:

23 Julai 2020 :
-  Pemilihan Calon Ketua Pelajar Dan Penolong Ketua Pelajar Bagi Sesi 2020/21.

27 Julai 2020 :
- Sesi Undian Guru untuk 5 Calon Akhir Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar secara atas talian (online)

28 Julai 2020:
- Sesi Undian Pengawas dan Pelajar untuk Calon Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar yang telah diadakan di dalam kelas masing-masing
- Sesi Pengiraan Undi.

29 Julai 2020:
- Temuduga bersama Barisan Pentadbir.

5 Ogos 2020 :
- Majlis Penyerahan Tugas di dalam Bilik Pengawas kerana harus mengikut SOP yang telah ditetapkan semasa Covid-19.


SEMOGA BERJAYA DIUCAPKAN BUAT SEMUA CALON YANG BERTANDING!

No comments: