Monday, 9 April 2018

TAMRIN SIRI 2 : Bengkel Pemantapan Tugas 2018

Pada 9 April 2018 (Isnin), Pihak Lembaga Pengawas di bawah unit latihan telah mengadakan TAMRIN yang bertempat di SMK Seri Tasik. Bengkel ini telah diketuai oleh Muhd Haikal Daniel selaku Ketua unit latihan. Tidak lupa juga barisan AMT yang turut terlibat dalam menjayakan TAMRIN ini.

Objektif TAMRIN;

1. Memantapkan lagi tugas pengawas dari segi waktu perhimpunan mahupun semasa waktu rehat.
2. Menggalakkan para pengawas untuk lebih menonjolkan diri dan melontarkan idea masing-masing.
3. Memberitahu tentang cara-cara untuk menangani masalah yang sering timbul ketika waktu bertugas.

TENTATIF PROGRAM;


2.30p.m-2.40p.m:Taklimat ringkas
2.40p.m-3.00p.m:Cara bertugas waktu perhimpunan
3.00p.m-3.20p.m:Cara bertugas waktu rehat
3.20p.m-3.30p.m:Penutup
































ucapan daripada pen. ketua pengawas


Syabas diucapkan buat semua staf AJK pelaksana yang begitu komited dalam merealisasikan bengkel ini. Diharapkan objektif TAMRIN kali ini tercapai dan para pengawas dapat mengambil langkah yang pragmatik dalam memperbaiki kelemahan serta memantapkan diri dari segi perlaksanaaan tugas yang diberi.
Never mind your happiness; do your duty.

No comments: