Wednesday 26 October 2016

Majlis Ramah Mesra Barisan Ahli Majlis Tertinggi Pengawas bersama Puan Pengetua

Pada tarikh  25 Oktober 2016 (Selasa), telah berlangsungnya Majlis Ramah Mesra barisan AMT pengawas  bersama Puan Pengetua baharu SMK Seri Tasik, Pn. Faizah binti Hassan. Majlis ini telah diadakan dari jam 2.30 petang hingga 4.00 petang bertempat di Bilik Pengawas, SMK Seri Tasik. Majlis Ramah Mesra ini juga turut dihadiri oleh Pn. Che Zaviah binti Abdullah, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Seri Tasik dan Ustaz Mohd Afiq bin Zahari selaku Ketua Guru Pengawas SMK Seri Tasik.

Tentatif Majlis;

2.30pm - 2.40pm; Ucapan aluan Pengerusi (Saudara Ahmad Ridhuan)
2.40pm - 2.50pm; Ucapan Ketua Guru Pengawas (Ustaz Mohd Afiq)
2.50pm - 3.00pm; Sesi memperkenalkan barisan guru penasihat dan AMT oleh Saudara Ahmad Ridhuan selaku Ketua Pengawas.
3.00pm - 3.30pm; Ucapan dan Dialog bersama Pn. Faizah bt Hassan.
3.30pm - 4.00pm; Jamuan dan bersurai.


Ucapan alu-aluan daripada saudara Ridhuan.

Ucapan dari Ustaz Mohd Afiq.

Ucapan dari Puan Pengetua.

Para AMT yang menghadirkan diri.

Menjamu selera.

Para AMT menjamu selera bersama Pn.Faizah, Pn. Zaviah dan Ustaz Afiq sambil beramah-mesra.

Akhir kata, Pihak Lembaga Pengawas ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat Pn. Faizah binti Hassan dan Pn. Che Zaviah binti Abdullah kerana sudi meluangkan masa berkumpul bersama-sama dengan barisan AMT, mendengar luahan hati pihak pengawas serta  berkongsi pendapat. Terima kasih juga di atas nasihat-nasihat yang telah diberikan.

Semoga para AMT dapat mengambil segala intipati dalam Majlis Ramah Mesra ini agar dapat diterapkan kepada anak-anak buah yang lain dalam usaha menjadikan Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik sebuah organisasi yang mantap.


"Leadership is practiced not so much in words as in attitude and in actions."- Harold S. Geneen.

No comments: