Monday 16 November 2015

Temuduga Akademi Pengawas ke Jawatan Tetap

Sesi temuduga ini melibatkan dua kumpulan Akademi Pengawas; iaitu Kumpulan Pertama terdiri daripada 7 orang murid daripada tingkatan 1, 2 dan 4. Manakala Kumpulan Kedua seramai 8 orang murid daripada tingkatan 3. Temuduga ini dikendalikan sepenuhnya oleh Biro Latihan Lembaga Pengawas yang diketuai oleh Saudara Nizzaka Adyza (Ketua), Saudari Siti Najihah (Pen.Ketua), Saudara Faiz Mazli dan Saudara Izzul Yusof (AJK Kump.1), Saudara Ridhuan Puryadi, Saudara Raja Naqiuddeen, Saudari Sara Najiha dan Saudari Shara (AJK Kump.2).

Barisan penemuduga diketuai oleh Ketua Guru Pengawas, iaitu Ustaz Mohd Afiq Zahari dengan dibantu oleh Pn. Julaidah Ahmad, Pn. Che Hasniyati Resat dan Cik Wan Nah Wan Omar. 

Tarikh  : 16 November 2015 (Isnin).
Tempat : Bilik Gerakan Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik.








Syabas dan tahniah diucapkan kepada yang berjaya. Begitu juga kepada yang dilanjutkan tempoh latihan dalam Akademi Pengawas sehingga Januari 2016. Semoga berusaha lebih gigih demi membuktikan anda juga layak menjadi sebahagian daripada kami. 

"Only The Brave Can Be Prefect"

No comments: