Sunday, 30 January 2022
Thursday, 13 January 2022
Majlis Penyerahan Tugas dan Pelantikan Ketua dan Penolong Ketua Pelajar Bagi Sesi 2021/2022
Pada 12 Januari 2022 (Rabu) telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Tugas dan Pelantikan Ketua dan Penolong Ketua Pelajar Bagi Sesi 2021/2022. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn. Hjh Norhayati binti Zakaria selaku Pengetua SMK Seri Tasik. Majlis ini juga telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMK Seri Tasik dengan mengikuti SOP penuh dan dipengerusikan oleh Sir Muhammad Razif bin Ismail. Majlis ini dihadiri oleh pengetua, barisan pentadbir, guru-guru yang terlibat, ketua & penolong ketua pelajar sesi 20/21, ketua & penolong ketua pelajar sesi 21/22 dan pengawas tingkatan 4.
Tentatif Program :
2.30petang : Kata aluan pengerusi majlis
2.35petang : Bacaan doa
2.40petang : Ucapan pengetua
2.50petang : Penyerahan sijil Penghargaan kepada ketua dan penolong ketua pelajar 20/21
3.00petang : - Penyerahan watikah Pelantikan ketua dan penolong ketua pelajar 21/22
- Bacaan ikrar
3.05petang : Majlis Bersurai